MUFLIS AKHIRAT
“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS ?”. Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara two ways communication ( komunikasi dua hala ) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan baginda kepada persoalan tersebut. Para sahabat menjawab ”MUFLIS di kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)”. Jawapan ini adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS , maka yang terlintas di dalam fikiran kita adalah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang ) yang tidak mampu dibayar.
Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang baginda maksudkan. Penjelasan ini cukup menggerunkan hati-hati yang tersemai iman di dasarnya, bimbang sekiranya terjerumus ke kancah MUFLIS . Baginda bersabda ” Orang yang MUFLIS di kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak dengan berbekalkan pahala solat, puasa dan zakat. Dalam masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah , memakan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Lalu diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian ia dihumban ke neraka !” Hadis ini diriwayatkan daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim , bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581).
3 MODAL , 5 LIABILITI
Modal yang dibawa ke akhirat kelak tidaklah terhad kepada tiga jenis pahala yang disebut di dalam hadis ini sahaja bahkan menurut Ibnu ’Allaan al-Shaafie di dalam kitabnya , Daliilul Faalihin , juga termasuk pahala amalan-amalan soleh yang lain. Ini bermakna, segala kira bicara di akhirat kelak adalah berdasarkan ”matawang dosa pahala”. Ketika itu ringgit sudah tidak laku, begitu juga riyal , dolar dan sebagainya. Manusia yang besar modal pahalanya, dia akan bergembira dan bersenang lenang. Manakala yang kekurangan modal, pasti tercari-cari tempat bergantung yang sudah pasti tiada lagi. Bertambah malang lagi apabila modal yang sedikit terpaksa dibayar kepada manusia lain yang pernah menjadi mangsanya di dunia dahulu. Tiba-tiba kehabisan modal , tetapi masih belum selesai hutang yang dituntut , maka dia dipaksa pula oleh malaikat untuk memikul dosa mangsa...Sah , dia telah MUFLIS !!!
DOSA KEPADA MANUSIA
Apabila ditilik kembali kelima-lima dosa yang menjadi liabaliti di akhirat kelak , semuanya berkait rapat dengan hubungan sesama manusia. Memaki hamun orang lain seperti pekerja , orang miskin , orang-orang yang lemah , apatah lagi isteri atau ibu bapa sendiri , hanya mampu memberikan kepuasan sementara kepada seseorang , tetapi bahananya menanti di akhirat kelak. Begitu juga pemfitnah, dia begitu seronok melihat mangsa fitnahnya dibenci masyarakat atau dikenakan tindakan tertentu di dunia , tetapi dia pasti menyesal apabila diminta membayar pahalanya kepada mangsa fitnah tersebut. Menyesal ketika itu sudah tiada manfaatnya. Bak kata pepatah Melayu, ”menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya.”
Ada juga yang gemar memakan harta orang lain dengan cara yang tidak direstui agama seperti menipu , pecah amanah , mencuri , merampas dan sebagainya. Ia begitu licik ketika di dunia ini tetapi ke manakah tempat bersembunyi mereka apabila berhadapan dengan malaikat di akhirat kelak? Ada yang berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya, pekerja mencuri harta majikan, majikan yang tidak menyempurnakan gaji pekerja, peniaga yang menipu di dalam urusniaga dan sebagainya. Tahniah kepada manusia seperti ini kerana anda adalah calon yang sangat layak mendapat title MUFLIS di akhirat kelak !!
Begitu juga para samseng yang memukul dan melukakan orang ketika di dunia ini, bersedialah berhadapan dengan mangsa-mangsa anda di mahkamah Allah nanti. Kekuatan dan ruang di dunia ini hanya sementara, tetapi ingatlah bahawa doa manusia yang dizalimi tiada hijab dengan Allah.
BAGAIMANA MENGELAK JADI MUFLIS
Ada dua pilihan sahaja untuk mengelakkan diri dari diisytihar MUFLIS di akhirat. Samada tidak melakukan dosa-dosa kepada manusia. Atau , sekiranya telah melakukannya, mestilah memohon maaf dan redha kepada mangsa ketika di dunia lagi . Biarlah bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diisytihar MUFLIS di akhirat kelak. Seseorang yang diisytihar bankrap di dunia, masih ada lagi kawan-kawan atau sanak saudara yang boleh memberi modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi apabila Allah yang telah mengisytiharkan MUFLIS , ke manakah lagi hala tuju , melainkan neraka .... sebagaimana yang diungkap oleh Rasulullah s.a.w.
Dosa memaki hamun hanya terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang dimakinya. Begitu juga dengan memukul dan melukakan orang, Islam memberi hak qisas ( balas balik ) kepada yang menjadi mangsa. Perbuatan fitnah pula disyaratkan memohon maaf dan mengisytiharkan kepalsuan fitnah tersebut. Dosa kelima iaitu memakan harta orang, dia mestilah memulangkan balik nilai harta tersebut atau mendapatkan redha mangsa.
Khamis, 10 Jun 2010
Rabu, 9 Jun 2010

Langgan:
Catatan (Atom)